Sunday, March 17, 2013

MESYUARAT AGONG PENCALONAN AJK BARU SDE 2013-2016





Surau Darul Ehsan berjaya mengadakan mesyuarat Agong pencalonan AJK Baru bagi sesi 2013-2016 pada 14 mac 2013 yang lalu yang dipengerusikan oleh Tuan Nazir Masjid As Syarif, Ustaz Asmoni Ehsan. Semoga dengan kepimpinan yang baru ini, SDE lebih makmur dengan kepelbagaian aktiviti demi memartabatkan Islam yang indah ini. Suburkan Islam moga semua jamaah mendapat manafaatnya dunia dan kahirat.

Wednesday, March 13, 2013

SOLAT TIANG AGAMA

Firman Allah swt: Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun 9,10,11) 

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya). (Al-'Ankabuut 45) 

 Sabda Nabi saw: Tonggak urusan (agama) adalah Islam, dan tiang utamanya adalah solat. (Sunan at-Tirmidzi no. 2559. Imam at-Tirmidzi berkata: Hadis Hasan Sah
Wahai Tuhanku! jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 40) 

Begitu juga Nabi Ismail as: 

Dan ia menyuruh ahlinya untuk bersolat dan menunaikan zakat. (Maryam 55)  

Firman Allah swt sewaktu berkata-kata dengan Nabi Musa as: 



Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Aku. Maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku. (Thaahaa 14) 

Allah swt berpesan kepada Nabi Isa as: 

Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup. (Maryam 31)
ih) 


MATI SATU KEPASTIAN


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)

Monday, March 11, 2013

NOTIS PENCALONAN AJK SURAU DARUL EHSAN

Semua jamaah Surau Darul Ehsan dikehendaki datang untuk mesyuarat Agong pencalonan AJK Surau Darul Ehsan bagi sesi 2013 - 2016. Dengan penyusunan yang terancang, semoga AJK yang baru yang bakal dilantik agar lebih baik, beritiqomah dan cemerlang.

KULIAH BULAN MAC 2013

Bilamana manusia telah meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga hal:

(1) Sedekah jariah;
(2) Ilmu yang bermanfaat;
(3) Anak shalih yang mendoakannya.

(Hadis Riwayat  al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud). 
Oleh itu diseru, semua jamaah kariah Surau Darul Ehsan agar kejarlah ilmu yang disediakan agar mudah bagi kita ke syurga kelak.Bawalah sedikit "buah tangan" untuk dimasukkan ke dalam tong yang lalu di depan kita bila kuliah dijalankan.

Monday, February 25, 2013

KELAS MENGAJI SDE

3 orang guru diperuntukan dengan kos RM 900.00 sebulan untuk program mengaji Surau Darul Ehsan. Setakat ini seramai 50 pelajar telah menyertai program ini bermula solat Maghrib hingga Isyak. Isnin hingga Rabu. Sambutan yang baik ini , pihak surau mengajak para jamaah menyumbangkan derma untuk program ini. Yuran RM 15.00 yang dikenakan hanyalah menyumbang separuh daripada kos sebenar. Sumbangan boleh terus kepada Bendahari, RHB 2622960000 6710  atau Pengurus Program En. Baharom Basiron. Moga sumbangan anda diberkati Allah swt.

INTISARI BIDAYATUL HIDAYAH 24 FEB. 2013 OLEH USTAZ KAMIL SIDEK





Mensyukuri nikmat Allah adalah satu ibadah. Manusia diciptakan olehNya hanyalah untuk beribadah kepadaNya. surah lukman didalam Al quran.... pengajarannya.....Manusia diciptakanNya untuk sepertiga untuk Allah, Untuk Amal dan untuk ulat. Oleh itu buatlah amalan yang sebanyaknya. Untuk menjadikan insan rabbani ada 6 perkara. 1. Dekat dengan Allah. 2. membuat perjanjian diri. 3. Mendidik diri. menahan dari keji 5. Bersungguh-sungguh 6. Muhasabah diri.