Sunday, September 23, 2012

SUMBANGAN KORPORAT KEPADA WARGA EMAS DAN OKU SDE






PS Poly Pack Sdn Bhd telah murah hati memberikan sumbangan kepada warga emas dan OKU kariah Surau Darul Ehsan dan Hj Mat Som. Sumbangan berbentuk makanan seperti beras, tepong, gula dan makanan ringan. Program Doa Kesyukuran dan tahlil perdana juga melengkapkan program berkhidmat untuk masyarakat dengan menyantuni orang kampong sempena pembukaan kilang baru. Pengarah urusan dan team pentadbiran serta teknikal turun padang bersama semua masyarakat yang hadir. Ketua Kg Meru, Tuan Hj Thaifor Hj Noor telah merasmikan program ini, amat memuji program yang diadakan yang sangat disarankan oleh Islam.

Thursday, September 20, 2012

MAJLIS TAHLIL ANAK KARIAH SDE





Adalah tanggungjawab utama imam dan semua anak kariah untuk menunaikan hajat kenduri tahlil bersama apabila dijemput.Minggu ini adalah giliran keluar aruah Haji Sahid sempena pembukaan rumah barunya. Semoga dengan majlis ini, semua amalan yang dilakukan diterima Allah swt, dan mendoakan kaum kerabatnya terus mengamalkan Islam dengan beristiqamah.

Monday, September 10, 2012

KULIAH BULANAN BERSAMA USTAZ ALI EHSAN




Tidak datang hidayah jika tidak berusaha untuk datang ke majlis ilmu. Marilah semua anak kariah datang dengan membawa anak-anak untuk berkuliah bulanan. Ustaz Ali adalah pendakwah tetap menyampaikan ilmu setiap minggu ke 2 setiap bulan. ISLAM PASTI DITEGAKKAN JIKA UMMAH TERUS BERILMU.ALLAH AKHBAR

Wednesday, August 29, 2012

KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAN




Kempen kebersihan telah dijalankan di SDE terutama ditempat wuduk yang merupakan tempat utama untuk bersuci. Gambar dan Peringatan untuk membuka kasut ketika berwuduk  diberikan keutamaan. Dengan nilai kebersihan , kesucian akan dapat dipertingkatkan, keimanan akan dipertahankan. Dengan pengekalan kebersihan tempat berwuduk juga akan dapat meringankan tugas Siak yang ditugaskan. SYABAS ,JAMAAH SENANTIASA BERSIH, TEMPAT WUDUK  TERUS BERSIH DAN SUCI.

"BARAAN" DAPAT SAMBUTAN DARI JAMAAH






Baraan atau rombongan berhari raya diteruskan ke rumah Haji Syed di Taman Meru Makmur dan Encik Bahaman di Taman Meru Mulia bagi merapatkan silaturrahim. Juadah   bukanlah keutamaa tetapi nilai keukhwaan dan silaturahim sesesama insan adalah tunjang kejayaan Ramadhan. Program ini akan diteruskan hingga penghujjung Syawal. INSYALLAH.

KEMPEN KITAR SEMULA UNTUK DANA KELAS MENGAJI

Semua jamaah kariah digalakkan melupuskan barangan kitar semula untuk dijual semula untuk mengisi TABUNG MENGAJI Surau Darul Ehsan. Semoga dengan amal jariah ini akan dapat meningkatkan amalan sedekah dan dapat menampung urusan elaun program mengaji setiap bulan. Kalangan yang ingin menderma ke dana ini sila serahkan ke pihak bendahari, pengerusi SDE.

PAPAN TANDA SURAU YANG BARU

Moga dengan papan tanda surau yang baru TAHUN 2012 dapat meningkatkan bilangan jamaah dan amalan yang  diberkati terutama anak kariah Surau Darul Ehsan. Pihak pengurusan surau akan terus beristiqamah untuk mempelbagaikan aktiviti untuk semua peringkat. TUNGGUUU.

ZIARAH RAYA MERAPATKAN UKHWAH




Bersama barisan semua AJK Surau Darul Ehsan dan  jamaah yang lain, telah membuat ziarah hari raya di rumah warga emas dan rakan jamaah yang lain. Kesempatan masa yang terhad, pada sebelah malam, kami diketuai Pengerusi Surau SDE, Encik Abdullah Kalyubi,  setiuasaha, Imam2, kami ke rumah Haji Dasuki mantan pengerusi Surau, Haji Hassan dan Mantan Imam SDE yang sekarang Imam 1 Masjid AsSyarif. Pada malam berikutnya, pihak kami singgah raya ke rumah Mohd Noh, Haji Jalil, Hidayat dan jamaah lain inya. Alhamdullah, Syawal 1433 membawa sinar baru, ramai jamaah baru ke SDE, dan kami santuni dengan semangat muhibbah untuk menguatkan ukhwah Islamiah.ALLAH AKHBAR. Moga yang lain mendapt hidayah dan petunjuk untuk bersama ke rumah Allah.

MARI MENGAJI MUSIM BARU 2012


Setelah sebulan berpuasa dan merayakan syawal 1433, pendaftaran baru dan kelas dibuka semula pada 17 September 2012 (Isnin) bermula selepas waktu Maghrib. Alhamdulillah, kelas mengaji kini mencapai 40 pelajar dengan 3 orang guru. Setiap pelajar hanya dikenakan yuran RM 15.00 sebulan sahaja. Pelajar terdiri wanita dan lelaki - 7 tahun hingga 17 tahun. Kelas telah bermula bulan Disember 2011 dan setakat ini berjalan dengan baik dan lancar. Pihak pengurusan yang diketuai Encik Baharom Basiron bertanggungjawab menyelia pelajar dan guru, serta pengurusan elaun guru melalui kutipan derma selain yuran diperolehi dari ibubapa. Setakat ini, kelas mengaji tidak menggunakan dana peruntukan surau walaupun peruntukan boleh diberikan. Bagi ibubapa yang ingin mendaftarkan anak, sila hubungi En Baharom 017 3255 382.

Tuesday, August 28, 2012

AKU SUDAH SEPARUH ABAD


Surau Darul Ehsan telah dibinakan sejak 50 tahun lampau bermula dengan surau kayu dengan saiz yang kecil. Pengasas Surau ini adalah Allahyahram Hj Mohiden, Allahyahram Hj Ehsan dan ramai lagi yang merupakan golongan generasi pertama Meru yang membawa obor perjuangan agama untuk memajukan ummah mensyiarkan Islam dikawasan kariah kawasan ini. Dengan usia separuh abad ini, Surau Darul Ehsan teguh berdiri bersama kemajuan dengan pelbagai iktiviti ilmuan sepanjang tahun. Tahun 2012, Surau Darul Ehsan bersama semua AJK yang dilantik dengan penuh azam untuk teruskan perjuangan pewakaf generasi lampau untuk terus berjihad untuk memajukan dan meningkatkan ilmu , berganding bahu untuk mengimarahkan institusi surau ini terbaik yang mungkin.Insyaallah.